PERGERAKAN BUMI

APAKAH ITU PERGERAKAN BUMI?

Putaran bumi pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbit bumi.


Bumi bergerak melalui dua cara iaitu:
  1. PUTARAN - Pergerakan bumi dari barat ke timur
  2. PEREDARAN - Pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya.


Ciri-ciri PUTARAN dan PEREDARAN bumi
                     MEMBERSHIP | Allied Arts | MilledgevilleFile:Earth tilt animation.gif - Wikimedia Commons
                               Rajah 1 PUTARAN                                  Rajah 2 PEREDARAN







ThankYou sebab sudi baca coretan buruk ini ^.^

Kolej Matrikulasi Kedah

Assalamualaikum hai uolls,

Ok harini sistur nak cerita zaman matriks sistur. Kepada yang tak berminat, boleh scroll bawah lagi. Almaklumlah tak kenal maka tak cinta.

Aku mula daftar bulan mei 2015. Semestinya ini pilihan terakhir, cliche nye nyah. Mula-mula ingat nak pilih UPSI, ibu dengan abah siap amik cuti lagi sebab nak pi melawat tempat, tetiba sehari sebelum nak pi melawat tempat aku dapat petunjuk. Haa jangan memain, istikharah pun belum dah dapat petunjuk. Cis, ok tadi melawak ja yee. Aku cuma buat senarai pros and cons antara dua end up matriks lagi banyak kelebihan. Ok ni personal thought, bukan aku cakap upsi tak baik tapi ya la bagi orang yang homesick macam aku ni lebih baik mula dekat-dekat. So aku tak jadi pun pi melawat UPSI, Ya Allah berdosanya aku rasa. Ibu pun ikut ja, sebab ibu jenis tak senang duduk kalau aku rasa terbeban. Tapi abah memang berat ke matriks lagi dari mula, cuma dia takmau bagitau kat aku sebab dia nak aku buat keputusan sendiri. Nampak sangat ha mata abah dan ibu bersinar bak berlian berpuluh karatz masa aku buat keputusan. Ya laa, sebab changlun ajee. Plus getting allowance from gomen was good since I didnt have to repay if I perform well in matriks.

Tapi semua orang cam pandang rendah kat aku cis, depa kata boleh ka aku survive kat matriks yang serba cepat, sedangkan aku ni cam dungu-dungu badak ja. Dulu pi jenan pun patah balik hahahaha bengong apa kau fikir lah wahai fakhirah yang aneh. Balik rumah kena bash, pi sekolah kena bash. Mau taknya, seminggu lebih aku skip belajaq kat SMK Sungai Layaq semata-mata nak urus hal Jenan tuptup patah balik. Mak malu nak oii, mana nak letak muka selawa bunga citra lestari ni. Tapi aku kena berubah. Akanku buktikan!

Of course before registration date I was excited, sapa tak excited weyy dapat berus gigi baru, towel baru semua serba baru.

Hari daftar tu aku tak cukup tidoq sebab malam tu excited sangat. So pagi-pagi bertolak aku tak ingat pukui berapa, tapi rasanya aku sampai KMK dalam waktu kemuncak pendaftaran dalam 9-10 a.m. macam tu. Masuk-masuk pintu pagaq KMK jantung dupdapdupdap, bukan sebab jatuh cinta dgn pak guard tu, tapi sebab tempat tu nama dia KMK dan aku kena belajaq, makan, minum, tidoq, bercinta (uish gatai, tapi dak pun ya) kat situ. Lepas tu aku kena daftar sendiri dekat library. Ya Allah awkward gila dah la takkenai sapa-sapa. Masa kena tangkap gambaq kad matriks tu aku serabai, sakai dan yang sewaktu dengannya. Aku redha. Abah siap tunggu kat pintu keluaq, padahai ada ja tempat tunggu parents huhu sayangnya beliau terhadap anak-anak.

Lepas tu aku kena pi kolej kediaman. Aku dapat blok B, aka blok paling lawa muahaha riaknya mak, astaghfirullah. Amik ja kunci terus naik bilik, maka berjumpalah dengan rumet-rumet sekalian. Hipokritnya aku waktu tu Allah dan ibuabah ja yang tau hehe. Masuk dengan muka innocent, muka spongebob, muka depan majalah, pokoknya bermuka-muka dong. Tapi aku memang baik hmm, ok ni depa yang cakap mashaAllah riak lg. Salah sorang rumet aku ni aku kenai awai, Husna Soid. Sebab sebelum masuk KMK kami ada buat group batch. Haa nampak dak tahap excited. Dia cakap dalam gambaq aku nampak pendek, depan-depan macam tiang. Aku takpasti tiang apa, samada tiang letrik atau tiang gol. Then lepas kemas sikit-sikit aku ikut ibu ngan abah makan kat kafe. Lauk murah der, susah nak dapat kat luaq. Dan kami pi beli barang-barang yang tak cukup dekat dataran pelajar which is tong sampah kecik, tikaq etc.

The saddest part here, my parents left me huwaaa. But the weirdest thing of all I didnt feel like crying cuma kesedihan tu ada laa. Ingat lagi masa kat jenan bila aku tengok muka ibu lain, aku terus suh ibu balik bukan derhaka ok cuma takmau gheyau depan ibu hahaha apa kau ingat sinetron nak nangih-nangih peluk-peluk kat situ nanti tak macho la. Ibu cakap kat orang aku tak gheyau pun, padahai dalam bilik ayaq kat jenan hanya Tuhan yang tau aku bermandi ayaq mata haha bodohnya. Tapi aku decide untuk berubah masa nak masuk matrik, aku kena buat yang terbaik. Cewah kelas kau.

To be continued


ThankYou sebab sudi baca coretan buruk ini ^.^

Throwback

Assalamualaikum readers, (ok takdak readers pun)

Lama dah blog ni bersawang tanpa tuan huwaaa. Biasalah masuk ja matriks haritu terus padam semua post ni semua sebab roomate iolls. Kononnya malu dengan post2 dedulu yang tak matang, zaman jiwang karat suria cinta bersama dj lin kekeke. Tapi sekarang pun aku masih jiwang orangnya.

Rindu sekolah.
Selalu dengaq macam ni padahai waktu sekolah pulun sokmo nak ponteng. Sakit perut, demam seminggu sekali padahal pemalas nak mati. Masa tu minda budak-budak, masih mencari cita-cita. Menyesal pun ada tapi bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cari penyakit. Penyakit tu berlarutan sampai aku nak amik spm. Lepas pra-spm pun mamai lagi. Sebulan lebih sebelum spm tu aku pulun, tapi still tak cukup masa. Ya la, gila hang nak baca beratus topik dalam masa sebulan.

Lepas habih spm, aku enjoy wakaka. Taklama lepas tu result spm keluaq.

I suddenly thought about my parents, what happen if I fail, what if I cant afford to repeat the same glory I had made during PMR, what if they feeling burden looking at the result. Then the "if only" things pop up in mind.

Lepas tu result keluaq, alhamdulillah walaupun tak banyak tapi aku bersyukur. Banyak benda aku bersyukur waktu tu. Pertama, sebab Allah masih izinkan aku untuk lulus semua despite the laziness. Kedua, aku bersyukur gila sebab ada ibu dengan abah yang sentiasa memahami huhu walaupun aku tak kumpul banyak A tapi depa cakap "Takpa, ni pun dah kira ok sangat" tapi seriusly perkataan "takpa" tu buat aku sedih sangat, rasa bersalah. Ibu dengan abah sangat positif orangnya. Dan aku bersyukur sebab dapat sambung belajaq. Allah masih bg peluang tu.

So, aku cuba buat yang terbaik dekat matriks. Alhamdulillah for everything. Super duper pretty and nice roomates, hardworking yet mad classmates, we-always-be-there-for-you ex classmates which is my dear cliques, air-liur-basi-tepi-mulut toiletmates and handsome kuliah mates cia cia cia.

Nanti kita sambung cerita dekat matriks pulak ya.


ThankYou sebab sudi baca coretan buruk ini ^.^